Niat nak berkenalan, gadis 'terciduk' bila surat cinta sampai ke tangan orang lain

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat mereka yang masih bujang tentunya sentiasa berusaha mencari kenalan bukan sahaja sebagai rakan boleh jadi sebagai pasangan hidup.

Ada pelbagai usaha yang boleh dilakukan seperti bermula di media sosial ataupun meminta nombor telefon seseorang.

Tapi apa yang dilakukan oleh gadis ini yang boleh dikatakan agak berani apabila terus meminta nombor telefon seorang lelaki yang dia sukai.

Nak minta nombor telefon

Berkongsi moment tersebut di platform TikTok, gadis berkenaan awalnya teruja apabila ingin meminta nombor telefon seorang lelaki berbaju merah sewaktu dia bersama rakan-rakannya sedang lepak bersama.

“Okay baju merah tu comel gila so I tulis sesuatu dekat kertas nak bagi dekat dia,” kongsi gadis dikenali sebagai Ayu Derbhara itu.

Nasib baik ada kawan tolong bagi

Dia yang tidak berani menyerahkan kertas yang ditulis itu sendiri telah meminta rakannya untuk membantu namun, rakan-rakannya juga tidak berani.

“Hai, boleh saya dapatkan nombor awak?” tulis di kertas tersebut. 

Bagaimanapun, rakan lelakinya mula menawarkan diri untuk memberi kertas tersebut kepada lelaki yang dimaksudkan itu.

Alamak silap meja pulak

Tapi siapa sangka, rakan lelakinya itu tersalah beri kepada lelaki berbaju merah di meja lain bukan lelaki yang sepatutnya.

Boleh dilihat lelaki berbaju merah tersebut dan rakan-rakannya terlihat terkejut malah gadis berkenaan tentunya terasa sangat malu ketika itu.

“Kenapa aku yang malu”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur akan kejadian tersebut selain terkejut akan pengakhiran kisah cinta gadis berkenaan. Malah turut berasa malu bagi pihak gadis itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen