Tengah teruja tunggu waktu berbuka, tiba-tiba kena sarung PPE urus pesakit Covid-19

Bertugas sebagai petugas barisan hadapan memang mencabar, selain banyak perkara yang perlu dikorbankan, nyawa mereka juga berisiko kerana perlu berdepan dengan banyak musuh sama ada secara nampak ataupun tidak.

Seorang petugas barisan hadapan yang dikenali sebagai syazwanie ada memuat naik satu video di Tiktok yang menyaksikan gelagat jururawat di hospital tempat dia bertugas.

 

Video tersebut dirakam oleh Syazwanie yang kebetulan baru sahaja habis waktu bekerja pada hari itu dan menunggu waktu untuk berbuka puasa bersama dengan rakan bertugas yang lain namun, dalam sedang mereka menunggu azan untuk berbuka ada pesakit masuk membuatkan masing-masing kelam kabut menyarung pakaian khas untuk merawat pesakit Covid-19 iaitu Personal Protective Equipment (PPE).

"Baru nak berbuka puasa sekali patient mai dah, nak pakai PPE pun tak sempat hahaha..."

Selain lucu melihat gelagat mereka, dalam masa yang sama tumpah rasa simpati melihat nasib mereka di saat orang lain teruja menunggu waktu berbuka, mereka masih bertugas merawat pesakit.

'Moga dipermudahkan urusan'

 

'Kami sentiasa doakan'

 

'Terima kasih frontliner'

 

'Moga beri kesedaran'

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen