Kenal ketika 'shooting' drama Gerak Khas, Sheera Iskandar selamat bergelar isteri anggota polis

Pelakon yang terkenal dengan drama Gerak Khas, Sheera Iskandar telah selamat bergelar isteri kepada seorang anggota polis Mohd Halim Abdul Gani dengan sekali lafaz di Magica Events Hall, Quill City, jam 6.09 petang tadi.

Difahamkan, pasangan tersebut telah dinikahkan oleh jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Firudz Saderi.

Sheera, 36, atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar berkata, majlis diadakan secara tertutup dengan dihadiri 70 tetamu termasuk ahli keluarga bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Berkongsi kisah pertemuan dengan suaminya, Sheera mengakui bahawa dia dan suami bertemu ketika penggambaran drama Gerak Khas.

Malah, dia tidak menyangka suaminya memulakan salam perkenalan sedangkan dia merahsiakan statusnya sebagai janda ketika itu.

"Apa yang paling buat saya terharu ialah keluarganya tidak melihat saya sebagai janda dan bertanya kisah silam saya," katanya.

Sheera yang juga anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid pernah berkahwin dengan Abdullah Harun, 36, pada Ogos 2015, dan bercerai pada hujung 2018.

Penerbit drama Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam dan isteri Datin Fatimah Ismail serta pelakon drama ini, Abby Abadi dan Salina Saibi turut hadir meraikan pasangan terbabit.

Anda masih keseorangan?

895,394 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen