Hampir sebulan hilang, mayat lelaki sudah reput ditemui tergantung atas pokok

Sebelum ini, penduduk Kampung Hulu Sat, Hulu Terengganu telah gempar dengan laporan kehilangan seorang lelaki berusia 30-an kira-kira seminggu sebelum 1 Ramadan lalu.

Pencarian berakhir

Bagaimanapun, memetik laporan Kosmo semalam beberapa penduduk kampung itu ada memasuki kawasan belukar untuk mencari rakan mereka yang hilang sejak hampir sebulan lalu dan siapa sangka mereka menjumpai satu mayat seorang lelaki di Kampung Alur Lek.

"Saya dan tiga rakan sekampung memutuskan untuk memasuki kawasan belukar ini pada pagi tadi selepas motosikal lelaki tersebut ditemui di kawasan berhampiran pada pukul 2.30 petang."

"Sewaktu berhenti rehat, saya telah terpandang satu objek tergantung di atas pokok yang kemudiannya disahkan sebagai mayat sudah mereput."

-Rakan-

Identiti belum dikenal pasti

Walau bagaimanapun, mayat lelaki yang dijumpai tergantung di atas pokok itu masih belum disahkan identitinya namun  mereka tidak menolak kemungkinan mayat sudah mereput itu adalah rakan sekampungnya yang hilang.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen