"Kalau letak hantaran RM20K boleh sangat." -Suami akui isteri serba boleh, tak cerewet bab hantaran

Seiring dengan peredaran zaman, isu wang hantaran terus menjadi isu yang serius dalam kalangan lelaki mahupun perempuan kerana jika dapat dilihat masyarakat kini membuat 'formula' sendiri bahawa semakin tinggi level pembelajaran seorang wanita, semakin tinggi jugalah wang hantaran yang perlu diberi kepada mereka.

Bagi kaum lelaki yang sedia maklum sifat mereka yang sangat mudah lagi memudahkan, pastinya sukar sekiranya wang hantaran itu diletakkan pada kadar yang tinggi kerana tak semua mereka mampu untuk kumpul duit hantaran sehingga mencecah ribuan ringgit dan jika berkehendak pun pasti akan memakan tempoh waktu yang sangat lama.

Isteri serba boleh

Menerusi perkongsian seorang lelaki yang dikenali sebagai Firdaus, dia telah memuat naik satu video yang menyaksikan gelagat isterinya yang sedang membantu keluarga mentuanya menangkap ikan di parit tanpa menggunakan sampan.

 

Firdaus akui bahawa isterinya seorang yang serba boleh sekaligus menyatakan bahawa dia tidak menyangka sebelum kahwin isterinya hanya meminta RM6,000 sahaja sebagai hantaran, namun dalam masa yang sama dia bersyukur kerana memiliki isteri yang sanggup susah senang bersamanya.

Meninjau ke ruangan komen, seperti biasa pasti akan adanya perdebatan antara kaum lelaki dan perempuan berkenaan perkara tersebut dan tak kurang juga yang turut berkongsi pengalaman mereka mendepani situasi yang melibatkan wang hantaran ini.

'Gaduh lagi ke pasal hantaran?'

'Salute yang boleh terima apa adanya'

'Tak semua demand'

'Kongsi pengalaman'

Peribahasa melayu ada berbunyi, ukur baju di badan sendiri yang membawa maksud sentiasa melihat kemampuan diri kita tanpa membanding-bandingkan dengan orang lain kerana rezeki, jodoh dan ajal semuanya kerja Allah yang penting selalu berdoa agar rumah tangga yang dibina berkekalan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen