Motivasi Diri Seorang Lelaki Selepas Putus Cinta.

Assalamualaikum..

Alhamdulilah syukur ya Allah tak sangka entri yang dah lama masih lagi ada yang sudi baca dan siap comment, ribuan terima kasih sangat. Hari ini pageview acik menaik mendadak, kerana dek entri-entri yang lama. Terpaku jadinya dan ramai yang bertanyakan "acik tak pernah bercinta ke ?"



Tipulah jika acik katakan acik tak pernah bercinta, acik juga manusia biasa yang mempunyai sekeping hati yang ingin di cintai. Oklah dengan rendah hati acik nak ceritakan sedikit tentang kisah cinta acik. Dulu acik memang pernah couple dengan seseorang yang sangat baik di mata acik , dia yang banyak mengajar tentang kehidupan dan membantu dalam pelajaran. Tapi dia juga yang menghancurkan hati ini. Tapi bila di ingatkan kembali kelakar pula, yelah saat pertama kali jumpa dia, melihat senyuman dan pertama kali di ungkapkan dia suka pada acik. Acik nie bukanlah seorang yang pandai tentang cinta tapi pengalaman itu yang mendewasakan diri.

Kami bercinta pun kerana terikut-ikut oleh kawan, tapi sepanjang kami couple kami tak pernah pegang tangan, kami jarang bertelefon tapi yang kami gunakan adalah melalui surat. Hampir 6 tahun masa berlalu, tapi segar dalam ingatan.



Ingatan yang buat sedarkan diri acik, masa itu acik nak dekat dengan SPM, dia sekolah yang berbeza jadi dia ajak bertemu. Ketika itu genab kami "couple" 3 tahun, dan ingatkan masa itu adalah saat indah tetapi rupanya menjadi sejarah hitam dalam hidup acik. Di mana hari tersebut adalah hari perpisahan kami .Dia kata " Acik terlalu baik untuk Aisyah, Tapi Aisyah dah ada orang yang lebih baik dan sayang dirinya acik ". Masa tu tergamam sangat dan baru dapat tahu yang dia bercinta dengan kawan baik acik.

Itulah sedikit coretan kisah acik, nak tulis panjang-panjang takut nanti jadi novel pula, dia cinta pertama yang pernah acik rasa dan sehingga saat ini dia tetap yang pertama. Sejak dari itu acik tak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan bukan kerana acik tak ikhlaskan apa yang berlaku tapi acik fikir banyak lagi pekara yang penting terutama tentang kehidupan dan pelajaran. Sebenarnya acik nak ucapkan ribuan terima kasih kepadanya kerana dia acik jadi kuat semangat, tabah dan hati ini lebih kuat berbanding dahulu. Ye dialah yang buat diri ini bahagia dan dia buat hati ini sakit tapi itu pengalaman hidup yang sangat berguna.

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Allah rancang sesuatu itu dengan sempurna mengikut flow yang telah di tetapkan, acik yakin bahawa dengan itu acik sedar bahawa diri ini banyak kelemahan lagi. Dan sejak itulah, acik bermotivasi dan bercinta-cinta untuk mengubah persepsi remaja tentang cinta, cinta itu tak salah tapi yang salah itu adalah bagaimana dan cara mereka yang mengemudi cinta itu. Dan maka terciptalah blog ini. Sesungguhnya cinta kepada Allah itu lebih agung jika cinta kita hanya bersandarkan kepada seseorang hati manusia. Segala ini adalah kafarah untuk dosa-dosa acik dan tarbiyah dari Allah untuk buktikan cinta yang sebenar adalah kerananya. Akhir kata dari acik , jadikan cinta itu kerana Allah .

Allahurabbi.

Ya Allah,

Tatkala datangnya malam,
Engkau hiasi angkasa ini dengan cahaya bulan purnama
sehingga terbitnya sang mentari di fajar hari,

Adakalanya Dikau sembunyikan sang mentari...
dan Engkau datangkan sang petir dan guruh kilat
yang menggerunkan..

Aku menangis dan bertanya ke mana hilangnya mentari...

Rupa-rupanya Kau berikan aku sang Pelangi...

Terima kasih Ya ALLAH.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen