"Saya bukan memaksa, cuma bergurau..." -Mengaku salah, bapa beri anak hisap 'vape' tampil mohon maaf

Hari ini dengan kuasa media sosial, satu video telah tular di Facebook yang menyaksikan seorang lelaki yang bergelar bapa bertindak memberi anak kecilnya yang masih bawah umur menghisap rokok elektronik (vape).

Pelbagai tohmahan serta kecaman yang diterima oleh ibu bapa budak lelaki terbabit yang menganggap mereka tidak berperikemanusiaan kerana sanggup memperlakukan anak yang masih kecil seperti itu.

Bapa mohon maaf

Berikutan kejadian tersebut, bapa kanak-kanak itu tampil memohon maaf secara terbuka di akaun Facebook miliknya sekaligus mengakui kesilapnya bertindak yang demikian.

Dia berharap agar kejadian yang tular tamat setakat itu sahaja kerana dalam masa yang sama bimbang akan keadaan kesihatan isterinya terhadap semua perkara yang sedang terjadi.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen