Iphone member kena curi, kawan pakat kumpul duit berikan telefon baru

Kawan saat gembira ramai tapi kawan saat susah itu belum tentu ada. Tapi kebanyakan lelaki mereka mempunyai ikatan persahabatan yang kuat dan agak susah nak bermasam muka.

Tak sanggup melihat kawan bersedih, sekumpulan lelaki telah membelikan telefon bimbit baru selepas telefon milik kawannya itu dicuri orang.

Kongsi duit belikan telefon bimbit

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna dikenali sebagai @8aihaqi memuat naik satu video saat memberi kejutan buat rakannya yang sedang bersedih.

Menurut lelaki berkenaan, telefon bimbit rakannya itu telah dicuri dan mereka sekawan membuat keputusan untuk membelikan telefon bimbit baru dengan saling berkongsi duit.

“Member punya iPhone kena rembat tadi pagi, so kami decide untuk kumpul duit dan belikan iPhone baru untuk dia! This is his reaction,” tulisnya di Twitter.

Jangan nangis lagi

Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat pemuda tersebut sedang berbaring sebelum rakan-rakannya memberikan telefon bimbit itu.

Malah, ada juga rakannya yang datang memeluk dan mengucapkan selamat ulang tahun buatnya.

Muka macam tak sangka

Pemuda tersebut dilihat agak sebak dan terharu akan tindakan rakan-rakannya itu. Tidak itu sahaja, rakan-rakannya juga meminta agar dia berhenti menangis.

“Jangan nangis, janji jangan nangis. Sebab kau nangis lah jadi macam ni. Kalau kau tak nangis kita orang tak belikan...” kata rakan-rakan di sekelilingnya.

Makin menangis terharu

Bagaimanapun, pemuda tersebut masih terasa sebak hingga membuatkan dia tidak dapat menahan air mata sebalum bertindak memeluk rakan-rakan di sekelilingnya.

Keadaan bertambah sebak apabila pemuda tersebut pergi ke penjuru bilik untuk mengawal tangisan terharunya.

Sahabat sejati sukar ditukar ganti

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen turut sebak dan terharu melihat persahabatan mereka. Selain turut mendoakan agar rakan-rakannya dimurahkan rezeki.

Anda masih keseorangan?

895,402 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen