6 daerah di Selangor dikenakan PKP bermula 6 Mei 2021

Terbaru, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor bermula 6 Mei hingga 17 Mei 2021.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas perkembangan terkini PKP sebentar tadi.

Untuk makluman antara daerah yang terlibat adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Ismail Sabri turut berkata, pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan di enam daerah dikenakan PKP di Selangor.

Manakala tiga daerah lain pula kekal dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selain itu, penutupan Bazar Ramadan di kawasan PKP tertakluk kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Anda masih keseorangan?

895,409 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen