Neelofa, suami & pemilik kedai karpet hadir beri keterangan di IPD Nilai

Selepas tular akan video dan gambar didakwa merentas negeri semata ingin membeli karpet, selebriti Neelofa dan suami Haris Ismail telah pun hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai.

Menerusi laporan Astro Awani, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Datuk Che Zakaria Othman berkata, siasatan akan dilakukan mengikut perundangan yang ada dan tiada sebarang keistimewaan diberi.

"Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai yang pasangan ini telah dipanggil beri keterangan hari ini untuk mengetahui sama ada mereka telah mendapat kebenaran dari polis untuk merentas negeri.

"Siasatan yang dilakukan polis sama sahaja dan tiada bezanya antara selebriti, orang awam atau orang kampung," katanya.

Enggan mengulas lebih lanjut akan perkara tersebut kerana masih dalam siasatan, pihaknya turut memaklumkan pemilik dan seorang pekerja kedai permaidani turut hadir memberi keterangan.

Sabtu lalu, tular akan video berdurasi 15 saat dipercayai dimuat naik Neelofa di Instagram (IG) memaparkan dirinya dan suami berada di sebuah kedai dipercayai di Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, Negeri Sembilan.

Meskipun telah dipadam, terdapat warganet yang sempat menyimpan video berkenaan.

Lebih menguatkan keadaan apabila beberapa pengguna laman Twitter mendakwa terlihat pasangan tersebut di Nilai 3 selain mempersoalkan tindakan mereka merentas negeri.

Anda masih keseorangan?

895,376 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen