Ditemani hujan rahmat, Nora Danish syukur selesai khatam al-Quran sekali lagi

Oleh: Zuzu Yasmine

Hasrat pelakon cantik manis, Nora Danish ingin khatam al-Quran sekali lagi pada Ramadan tahun ini akhirnya tercapai apabila dia berkongsi moment indah itu di Instagram miliknya petang tadi.

Sebelum ini, pelakon berusia 39 tahun itu telah khatam al-Quran buat pertama kali pada tahun lalu di bulan Ramadan dan dia sekali lagi mengulangi kejayaan tersebut pada tahun ini.


Dalam pada itu, pelakon cantik berkenaan turut meminta bantuan ustazah bagi menyemak bacaan al-Qurannya.

Syukur khatam al-Quran sekali lagi

Menerusi perkongsian Nora di Instagram, dia meluahkan rasa syukur kepada Allah S.W.T apabila memberinya peluang sekali lagu untuk menghabiskan bacaan kita suci tersebut sepanjang bulan Ramadan ini.

Kejayaan diiringi hujan rahmat

Selain itu, Nora turut berkongsi bahawa hujan rahmat mengiringi kejayaannya itu dan dia terus memanjatkan doa kepada Allah serta berharap doanya diperkenankan.

Semoga terus istiqomah baca al-Quran

Perkongsian tersebut telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada suami tercinta, rakan-rakan selebriti serta para peminta yang tumpang gembira akan kejayaan pelakon tersebut.

Malah, turut mendoakan agar Nora terus istiqomah dalam melazimi bacaan ayat suci al-Quran ini

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen