Baru 6 hari di Pusat Kuarantin, pesakit Covid-19 lari dari wad

Umum sedia maklum bahawa virus Covid-19 merupakan antara virus yang paling merbahaya. Justeru itu, pengasingan individu yang dijangkiti virus tersebut perlu dilakukan supaya tidak menjangkiti individu lain.

Namun, memetik laporan Sinar Harian hari ini seorang pesakit Covid-19 telah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Lama Sungai Petani pada Selasa.

Lari sekitar jam 6.30 pagi

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda iaitu Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, lelaki berusia 39 tahun itu dikenali sebagai Azizi Sarip dilaporkan tiada di wad setelah enam hari menerima rawatan dan sehingga kini polis sedang giat mengesan pesakit terbabit.

"Polis kini sedang giat mengesan lelaki terbabit sejak dilaporkan menghilangkan diri dan tiada di katilnya di wad B1."

"Hasil maklumat pesakit lain memaklumkan, bahawa lelaki itu telah membawa beg dan barangan peribadinya keluar pada jam 6.30 pagi."

-Polis-

Didapati positif ketika dapatkan rawatan tangan bernanah

Selain itu, siasatan awal mendapati lelaki terbabit turut mendapatkan rawatan di hospital yang sama bagi tujuan pembedahan kecil pada tangannya ekoran bernanah pada Khamis lalu dan setelah saringan dibuat ke atasnya didapati lelaki terbabit positif sekaligus diarahkan ke pusat kuarantin.

"Saringan Covid-19 dilakukan ke atas pesakit sebagai prosedur hospital dan dimasukkan ke pusat kuarantin di wad B1 Hospital Lama Sungai Petani setelah keputusan swab adalah positif pada Jumaat lalu."

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sedang mengenal pasti punca jangkitan kontak rapat lelaki itu di mana kes itu masih disiasat."

-Polis-

Tambah beliau lagi selain pihak KKM, satu pasukan khas digerakkan untuk mengesan lelaki terbabit dia rumahnya di Taman Bandar Baru Sungai Lalang namun, tiada di rumah.

"Sekiranya dia ditemui, kita akan hubungi pihak KKM untuk tindakan lanjut."

-Polis-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen