Gelagat macam baru kahwin, Shukri Yahaya sakan puji isteri cantik dalam IG live

Oleh: Zuzu Yasmine

Memang cair kalau melihat Shukri Yahaya berlakon dalam drama-drama di kaca televisyen. Bukan sahaja terkenal dengan watak lelaki romantis tapi siapa sangka dirinya sebenar pun penuh dengan kasih sayang dan penyayang.

Kalau sebelum ini pelakon berusia 33 tahun itu disamakan dengan watak Khuzairi yang pernah dipegang sewaktu drama ‘7 Hari MencintaiKu’, kali ini dia dan isteri sekali lagi menjadi perhatian netizen.

Shukri masuk live terus merah muka isteri

Terbaru, Shukri dilihat menyertai Instagram Live yang dibuat isterinya, Tya Adnan ketika sedang berkongsi tutorial tudung.

Muncul sahaja pelakon berkenaan di dalam live tersebut, terus menyakat isterinya sehingga wajah wanita berkenaan bertukar merah padam disebabkan naik segan akan gelagat suaminya.

Mana tidaknya, Shukri bersungguh-sungguh memuji kecantikan isterinya sampai hilang kata-kata Tya pada ketika itu.

Terpaksa tutup muka guna tudung, malu

Tidak berhenti di situ, Shukri juga tidak putus-putus memuji dan mengusik isterinya sehingga Tya terpaksa menutup muka dengan kain tudung kerana malu dan cuba mengawal gelak tawanya.

Gelagat Shukri yang asyik mengusik itu membuatkan Tya tidak dapat meneruskan live seperti biasa dan membuatkan penonton terseyum melihat pasangan ini.

Macam pengantin baru dia orang ni

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur akan gelagat Shukri yang begitu mudah mengusik isterinya sendiri. Malah, ada juga yang memuji pasangan ini seperti pengantin baru meskipun sudah memiliki dua orang anak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen