"Saya tahu rakyat marah..." -Ismail Sabri ulas tujuan pelaksanaan PKP 3.0

Berikutan peningkatan kes harian Covid-19 yang mendadak di negara ini, kerajaan sekali lagi mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa lalu di beberapa buah negeri sebagai usaha mengekang penularan tersebut sekaligus mengurangkan semula jumlah kes harian yang saban hari berada pada angka yang membimbangkan.

Susulan keputusan tersebut, memang tak dinafikan ramai yang tidak berpuas hati memandangkan beberapa hari sahaja lagi ingin menyambut Hari Raya Aidilfitri namun, mereka terpaksa mematikan hasrat untuk pulang ke kampung halaman.

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Kanan Keselamatan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil menangkis pelbagai dakwaan yang dilemparkan kepada kerajaan selepas mengumumkan PKP tersebut sekaligus memaklumkan perkara sebenar serta tujuan PKP perlu dilakukan.

Ambil iktibar dari kes India dan Kelantan

Menurutnya, keputusan dibuat kerajaan berdasarkan sistem amaran awal iaitu 'Hotspots Identification for Dynamic Engagement' (HIDE) yang dibangunkan Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpandukan My Sejahtera.

"Saya tahu rakyat marah (PKP) tetapi tujuan kita untuk menyelamatkan nyawa mereka."

"Rakyat kena faham bukan tujuan untuk menyusahkan rakyat."

"Kita tidak mahu Malaysia akhirnya menjadi seperti India selepas beberapa pemimpin negara itu mengisytiharkan menang dalam peperangan menentang Covid-19 dan mula memberikan kebebasan."

"Akibatnya, berlaku penularan Covid-19 di India sehingga kerajaan sudah tidak mampu mengawalnya."

-Ismail Sabri-

Selain itu, beliau turut mengambil contoh di Kelantan yang berlaku peningkatan mendadak Covid-19 hingga hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah penuh.

"Kelantan terpaksa buka hospital sementara katil hos[ital sedia ada tidak mencukupi."

"Perkara inu sudah berlaku di Kelantan dan tidak mustahil Kuala Lumpur dan Selangor (boleh berlaku) berdasarkan peningkatan kes yang mendadak."

-Ismail Sabri-

Kes mungkin bertambah

Di samping itu, pihaknya juga ada dimaklumkan melalui pembentangan KKM bahawa tidak mustahil selepas Aidilfitri kes boleh meningkat kepada 5,000 sehari dan tidak mustahil boleh menjadi 10,000 kes sekiranya gagal mengekang perkara tersebut dengan kealpaan kita.

"Disebabkan itu, intervensi perlu dilakukan dengan segera dan saya harap rakyat faham tindakan dilakukan untuk melindungi nyawa mereka."

-Ismail Sabri-

Tegasnya dalam kenyataan, beliau tidak mahu menjadi kerajaan tidak bertanggungjawa jika keadaan itu berlaku dan atas sebab sayangkan rakyat, PKP adalah jalan terbaik diputuskan kerajaan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen