"Rela hati pulangkan bayaran vendor..." - Ifa Raziah terpaksa akur batalkan bazar raya kerana PKP 3.0

Oleh: Zuzu Yasmine

Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah terpaksa akur membatalkan bazar raya yang diadakan olehnya selepas kerajaan mengumumkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 7 Mei hingga 20 Mei 2021.

Disebabkan itu, dia yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Staf Vendors Sdn.Bhd serta selaku pengajur Starvendors Mega raya Fest 2021, akan memulangkan semula bayaran yang telah dibuat oleh vendor atau penyewa tapak.

Difahamkan, bazar raya tersebut melibatkan 300 lebih gerai (booth) disediakan termasuklah 50 booth khas untuk selebriti yang membawa jenama masing-masing.

Terpaksa akur pelaksanaan PKP

Menurut pelakon berusia 45 tahun itu, pihaknya tidak dapat meneruskan bazar raya tersebut telah membuat perbincangan dengan pihak berkuasa.

“Terlebih dahulu pihak pengurusan Starvendors Event Sdn. Bhd, ingin memohon maaf kepada semua vendorian, selebriti, tenaga kerja, kontraktor, kru dan semua yang telah bekerjasama menjayakan event kami.

“Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesabaran anda semua kerana sudi menunggu dan memberikan ruang dan kesempatan kepada pihak pengurusan STAR VENDORS / PWTC / MKN untuk berbincang & mencari jalan penyelesaian untuk keputusan pengumuman MCO 3.0 PKP di Wilayah Kuala Lumpur.


“Setelah berbincang dengan pihak PWTC dan pihak berkuasa, dan disokong oleh kenyataan Menteri Wilayah, pihak kami tidak dibenarkan meneruskan Starvendors Mega Raya Fest 2021. Semua acara lain sedang dan akan berlangsung di PWTC, telah dibatalkan.

“Pihak pengurusan Star Vendors dengan rela hati akan memulangkan semula semua bayaran yang telah dibuat kepada akaun Starvendors. Ini sejajar dengan janji Ketua Pegawai Eksekutif, Ifa Raziah di sidang media Star Vendors Raya Mega Fest 2021 pada 24 April 2021 lalu,” katanya

Moga ada hikmahnya

Ifa juga memaklumkan bahawa proses bayaran balik akan dibuat dalam tempoh 60 hari waktu berkerja bermula dari tarikh 7hb Mei ini.

“Untuk segala proses refund, sila hubungi dengan staff yang anda berurusan.

“Allah datangkan ujian supaya kita kuat, Allah tangguhkan sesuatu supaya kita sabar, Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha, ada hikmahNya. Doa yang baik-baik, Insyallah yang datang semua yang baik-baik.

“Akhir kata pihak pengurusan Starvendors Event Sdn. Bhd  mengucapkan selamat Hari raya, maaf zahir dan batin . Jumpa kami pada event akan datang,” luahnya.

Sehubungan itu, antara selebriti yang mengambil bahagian dalam festival ini adalah Datuk AC Mizal, Datuk Seri Vida, Cik B, Rozita Che Wan, Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Erra Fazira, Rabbani, Zulin Aziz, Syamel, Ernie Zakri, Zoey Rahman, Zizi Kirana, Nana Mahazan dan ramai lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen