Cadang buat majlis resepsi luar Indonesia, Malaysia tersenarai dalam pilihan Atta dan Aurel

Sebelum ini Youtuber terkenal Indonesia yang dikenali sebagai Atta Halilintar telah mencetuskan fenomena apabila majlis perkahwinannya dengan Aurel Hermansyah diadakan sangat gilang gemilang sekaligus menjadi perhatian ramai orang.

Terbaharu, memetik laporan Liputan 6 mendedahkan bahawa Atta dan isteri bakal melangsungkan resepsi pernikahan mereka selepas Hari Raya Aidilfitri.

Indonesia tidak tersenarai dalam lokasi majlis resepsi

Bagaimanapun, mereka memaklumkan bahawa majlis tersebut tidak akan dilakukan di Indonesia sebaliknya telah menyenaraikan beberapa buah negara luar untuk mengadakan resepsi tersebut dan Malaysia merupakan antara negara yang tersenarai dalam pilihan Atta dan Aurel.

"Belum tahu lagi di mana, mungkin Turki, Dubai, Singapura atau Malaysia tapi belum dapat dipastikan lagi memandangkan musim pandemik masih belum berakhir."

"Yang pasti negara tersebut dah boleh bawa masuk pelancong luar, Kalau negara Eropah kan belum lagi."

-Atta Halilintar-

Tak nak kekecohan berulang

Menurut sumber, keputusan itu dibuat adalah kerana ingin menghindari kekecohan yang berlaku ketika majlis pernikahan mereka disiarkan di stesen televisyen tempatan baru-baru ini.

"Kalau di Indonesia, kami takut berlaku kecoh lagi, jadi jumlah undangan pun akan lebih sedikit nanti."

-Atta Halilintar-

Untuk rekod, Atta dan Aurel yang merupakan anak kepada penyanyi Krisdayanti telah selamat diijabkabulkan pada 3 April lalu di Hotel terkenal di Jakarta.

Majlis nikah yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan, RCTI telah mencetuskan pertikaian segelintir pihak tentang sebab mengapa ia perlu liputan istimewa sebegitu.

 

 

Anda masih keseorangan?

918,224 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen