"Tak pakai 'mask', tak jaga jarak fizikal." - Video usahawan beri bonus pada pekerja langgar SOP?

Masih belum reda lagi akan isu golongan artis didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta merentas negeri demi kepentingan sendiri yang membuat netizen panas hati.

Baru-baru ini, seorang instafamous dan usahawan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila gagal mematuhi SOP ketika sedang berkumpul bersama kakitangannya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook.

Rakaman video berdurasi 27 saat itu memaparkan kesemua kakitangan syarikat milik individu berkenaan yang tidak dapat menahan sebak kerana gembira diberi bonus sebulan gaji.

Tak jaga penjarakan, tak pakai mask

Meskipun perkara tersebut mendapat pujian daripada segelintir netizen, namun ada juga yang mempersoalkan akan kegagalan mereka menjaga penjarakan fizikal serta tiada seorang pun individu di dalam video tersebut memakai pelitup muka.

Malah, dalam video tersebut juga memaparkan keadaan di mana mereka melakukan sentuhan seperti memeluk serta bersalaman antara satu sama lain.

Tak pakai 'mask' nanti kena kompaun lagi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati agar instafamous berkenaan mematuhi SOP yang ditetapkan agar tidak dikenakan kompaun atas melanggar SOP.

Anda masih keseorangan?

918,234 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen