Aunty selamba potong rambut gaya 'Dora the Explorer', terkejut bila tahu sebenarnya anak lelaki

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari Raya bakal menjelang tiba tidak lama lagi, tentunya masing-masing sedang sibuk lakukan persiapan untuk menyambut hari kemenangan itu.

Ada yang berpusu-pusu membeli baju raya, kuih muih serta kain langsir, tapi ada juga sibuk pergi ke salon atau spa demi tampil lebih yakin Hari Raya nanti.

Tidak ketinggalan kanak-kanak ini juga pergi ke salon untuk memotong rambut agar terlihat kemas kerana rambutnya sudah sedikit panjang.

Gara-gara lupa nak bagitahu jantina

Perkara tersebut dikongsikan oleh ibu kanak-kanak tersebut menerusi platform TikTok yang memaparkan gelagat anaknya ketika berada di salon itu.

Menurut Jieha_Adon, bagaimanapun satu kejadian tidak disangka berlaku apabila dia terlupa memberitahu pemotong rambut tersebut akan jantina anaknya.

“Bila kau bawak anak kau pergi salon tp tak inform jantina anak,” tulisnya di ruang kapsyen.

Berdasarkan rakaman tersebut, selesai memcuci rambut anaknya terus memotong rambut namun, yang kelakarnya aunty tersebut memotong gaya rambut seperti perempuan.

Anak u lelaki ke?

Dia yang agak pelik dan hairan pada awalnya terpaksa memberitahu bahawa gaya rambut tersebut membuatkan anaknya terlihat seperti perempuan.

“Cantik, tapi macam perempuan,” luahnya.

Terkejut mengetahui anaknya seorang lelaki, aunty tersebut bertindak untuk memperbaiki rambut anaknya itu. Nasib baik masih boleh diselamatkan lagi.

Jadi perempuan cantik, jadi lelaki pun handsome

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur akan kejadian tersebut. Malah, ada juga yang memuji bahawa anaknya terlihat cantik dan handsome pada masa yang sama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen