Tular, anggota Rela dilanggar kereta mewah ketika kawal lalu lintas

Oleh: Zuzu Yasmine

Tular akan satu video di mana seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dilanggar sebuah kereta mewah jenis BMW di hadapan sebuah sekolah menengah di Kota Kemuning, Shah Alam.

Berdasarkan video berdurasi 32 saat itu, difahamkan anggota Rela itu sedang mengawal lalu lintas di hadapan sekolah tersebut.

Insiden dipercayai berlaku kira-kira jam 5.20 petang semalam selepas anggota Rela itu menahan kereta BMW itu susulan laluan tersebut dijadikan sehala pada waktu kemuncak bagi menjaga keselamatan pelajar yang pulang ke sekolah.

Suara rakaman video tersebut turut kedengaran dua suara kanak-kanak yang mengatakan bahawa kereta berkenaan melanggar anggota tersebut.

“Dia (pemandu kereta) terlanggar kaki orang itu (anggota rela) dan oh my goodness (Oh Tuhanku),” jelasnya.

Sehubungan itu, tindakan tersebut mendapat kecaman dari netizen yang menyifatkan perkara tersebut keterlaluan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan pihaknya telah menerima laporan daripada anggota rela tersebut semalam.

“Kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini untuk dirakamkan keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen