"Nak je aku rempuh korang!" -Muat naik kata kesat kepada polis, wanita ditahan

Dalam keadaan negara yang kini sedang berusaha bermacam cara untuk mengekang penularan wabak Covid-19 ini, memang tak dinafikan bahawa pasti ada segelintir dari kalangan orang ramai tidak berpuas hati berhubung perkara tersebut namun, itu bukanlah bermakna kita boleh sewenang-wenangnya berbuat sesuatu yang jelek kepada pihak berkuasa seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan sebagainya.

Keluarkan kenyataan kesat dan unsur ugutan

Memetik laporan Berita Harian, seorang wanita yang dipercayai memuat naik beberapa hantaran menggunakan perkataan kesat dan berunsur ugutan ditujukan kepada petugas sekatan jalan raya di Putrajaya ditahan malam tadi bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya iaitu Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, polis sebelum ini menerima satu laporan pada jam 10.53 pagi semalam mengenai anita itu yang menggunakan nama 'Diana Mat'.

Beliau memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati sebelum laporan polis dibuat, beberapa tangkapan layar (screenshot) hantaran oleh suspek menggunakan perkataan kesat dan berunsur ugutan kepada pihak polis telah tersebar melalui media sosial.

"Pada jam 9 malam tadi, seorang wanita berusia 36 tahun yang juga pemilik akaun Facebook bernama 'Diana Mat' telah ditangkap."

"Pihak polis merampas peranti iaitu telefon bimbit milik wanita itu, dipercayai digunakan untuk memuatnaik hantaran di Facebooknya."

-Fadzil Ali-

Perintah tahanan reman

Selain itu, wanita terbabit kini ditahan dan akan dibawa ke hadapan Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi meneruskan siasatan.

Di samping itu, beliau turut menasihatka pengguna media sosial yang lain agar berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang atau jabatan.

Gambar 'screenshot' 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen