Baru sebulan bertugas, anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala

Utusan Borneo melaporkan seorang anggota polus berpangkat Konstabel ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumah sewa rakannya di Lorong 9, Permai.

Kesan tembakan di kepala

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu iaitu ACP Stanley Jonathan Ringgit memaklumkan bahawa anggota yang dikenali sebagai Norhalim Tumiran yang berusia 25 tahun itu bertugas di Unit Ronda Bermotosikal (URB) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu.

"Kami dimaklumkan seorang anggota polis ditemui mati dengan kesan tembakan di bahagian atas telinga kanan (kepala) dan masih terduduk di atas sofa dalam rumah."

-Stanley-

Main permainan komputer sebelum waktu berbuka

Di samping itu, Stanley memaklumkan bahawa sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah sewa tersebut untuk bermain permainan komputer iaitu sebelum waktu berbuka puasa.

Bagaimanapun, kes tersebut masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Untuk rekod, Norhalim yang  berasal dari Pahang baru sahaja bekerja lebih kurang satu bulan setengah di Sibu dan beliau mempunyai isteri serta seorang anak berusia setahun.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen