Disyaki bergurau acu pistol, anggota polis ditahan reman 7 hari

Sebelum ini media memaklumkan tentang khabar duka yang menimpa seorang anggota polis ditemui mati dalam keadaan mempunyai bekas tembakan di kepala.

Anggota polis disyaki terlibat

Ekoran kejadian tersebut, seorang anggota polis lelaki akan direman selama tujuh hari mulai hari ini untuk membantu siasatan kerana disyaki tertembak rakan sekerjanya sehingga maut di sebuah rumah sewa di Lorong Permai Timur 9A, semalam.

"Manakala pihak patologi dari Kuching akan dihantar ke Sibu untuk melakukan bedah siasat sama ada hari ini atau esok sebelum jenazah dihantar pulang ke Pahang."

-Pesuruhjaya Polis Sarawak-

Gurauan membawa maut

Ketika kejadian, suspek difahamkan sedang  bergurau dengan mengacukan pistol sebelum tertekan picu dan melepaskan tembakan ke arah si mati yang sedang bermain permainan video di ruang tamu rumah.

 

Anda masih keseorangan?

918,226 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen