"Aku sokong Siti." - Suhaimi Saad 'bidas' kenyataan Dr Ridhuan Tee

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak mahu berdiam diri, penyanyi nasyid kontroversi pula mengeluarkan hujah selepas Prof Dr Ridhuan Tee ada menegur selebriti terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkaitan pahala yang dikumpul selepas dikecam netizen.

Sokong Siti Nurhaliza

Menerusi Instagram Suhaimi Saad atau menggunakan nama akaun mosusoficial, dia bertindak membela kenyataan penyanyi tersebut selain meminta agar Dr Ridhuan tidak campur tangan dalam isu berkenaan.

Bidas kata-kata pendakwah bebas

Menurut kenyataan yang dikeluarkan itu, Suhaimi memberitahu bahawa dia bersetuju akan apa yang Siti Nurhaliza katakan dan menjelaskan bahawa bukan mana-mana ustaz yang mengatakan hal berkenaan pahala, tetapi nabi sendiri yang menjelaskan perkara tersebut.

Katanya, apabila orang mengumpat atau memfitnah kita terutama dalam bulan puasa, pahala akan diberikan kepada orang-orang yang sabar.

 “Bukan ustaz mana cakap. Nabi yang cakap,memang pahala ibadah kita dalam bulan ramadhan ni Allah ganda gandakan.

Bila orang kata,umpat,aibkan dan fitnah kita,kalau kita sabar,memang Allah akan bagi pahala yang besar.

Takkan benda basic macam tu pun tak tau.kata ustad,” tulis Suhaimi.

Nak bela netizen ke?

Dalam pada itu, Suhaimi turut meminta agar Prof Dr Ridhuan tidak mempolitikan hal berkenaan kerana tindakannya terlihat seperti menyebelahi netizen sekaligus membuatkan selebriti terkenal itu terus mendapat kecaman di media sosial.

“Tak payah nak burukkan keadaan la ustad. Makin lama makin buruk dan hilang hormat orang pada ustad. Nak tibai siti, pastu nak bela netizen2 langau ni ke apa?”

“Patut ustad tolong tenangkan dan nasihat masyarakat supaya jaga lidah dan jari dalam bulan mulia ni.

“Ini dah macam nak menangguk di air keruh plak. Tak elok ustad. Stop stop la politikkan semua benda.malu dekat Allah.” tambahnya.

Sebelum ini, tular di media sosial satu kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza di IG stroy miliknya akan pahala yang dikumpul selepas berdepan dengan beberapa dugaan.

Justeru, perkara tersebut mendapat perhatian dari pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee yang bertindak menegur perkara berkenaan selain penggunaan nama ustaz bagi menutup kesalahan sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen