Ikatan cinta suami isteri tetap kukuh, meski diuji sakit kronik

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidup sebagai pasangan suami isteri tentunya saling melengkapi antara satu sama lain. Meskipun ada dugaan yang datang menimpa tapi itu bukan batu penghalang untuk kekal bahagia.

Hidap sakit kronik

Seperti yang dilalui pasangan suami isteri ini apabila perkongsian di platform TikTok mendapat perhatian kerana diduga dengan penyakit kronik.

Menerusi video dimuat naik oleh wanita bernama Aunimuthallib itu, dia menceritakan kehidupan mereka suami isteri yang saling menjaga dan menyokong antara satu sama lain walaupun kedua-duanya dalam tidak berdaya.

Tetap bahagia bersama

Difahamkan, wanita berkenaan menghidap penyakit barah tirod serta kegagalan buah pinggang tahap lima manakala suaminya pula mengalami Muscular Dystrophy yang menyebabkan otot menjadi lemah dan tulang belakang membengkok.

Meskipun diduga sedemikian, perkara tersebut tidak menjadi penghalang untuk terus bahagia serta bersemangat dalam menjalani hari-hari mendatang.

Belum ada rezeki anak

Sama seperti suami isteri yang lain, mereka turut mahu menimang cahaya mata sendiri namun doktor menasihati agar tidak hamil kerana sangat berisiko kepada tahap kesihatanya.

MasyaAllah, semoga pasangan ini terus kuat antara satu sama lain selain terus berbahagia dalam rumah tangga mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen