Padah tanggal gelang pink untuk ke klinik, warga emas dikompaun RM5,000

Sikap degil memakan diri sendiri apabila seorang warga emas bertindak menanggalkan gelang merah jambu untuk ke klinik dikenakan kompaun sebanyak RM5,000.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, wanita berusia 72 tahun yang tinggal di Kampung Sungai Ruan yang sedang dikuarantin menanggalkan gelang warna merah jambu untuk ke klinik bagi mengambil ubat.

"Maklumat itu diperoleh daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Raub, selepas mendapati wanita itu tiada di rumah ketika ingin memaklumkan warga emas itu positif Covid-19.

"Pihak polis ke rumah wanita itu dan dimaklumkan dia ke klinik, dan wanita itu mengaku berbuat demikian ketika ditemui di klinik," katanya.

Wanita itu dikenakan kompaun RM5,000 mengikut Sek 22(b) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 kerana gagal kuarantin di rumah sendiri setelah memakai gelang berwarna merah jambu.

"Keadaan ini amat mendukacitakan, sewajarnya golongan dewasa dan warga emas ini menunjukkan contoh yang baik kepada golongan muda supaya tidak melanggar peraturan.

"Kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menyebabkan penularan wabak ini semakin menakutkan dan akan sukar dibendung," katanya.

Anda masih keseorangan?

918,230 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen