"Tahun ni tak dapat balik raya..." -Ucapan Hari Raya Fauziah Nawi buat netizen sebak rindu mak ayah

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari Raya bakal menjelang tiba tidak lama lagi, bagaimanapun semua anak perantuan tidak dapat pulang ke kampung untuk berkumpul bersama keluarga disebabkan pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan larangan rentas negeri.

Pastinya perkara tersebut membuat ramai yang bersedih selain menyimpan rasa rindu disebabkan sudah lama tidak menjenguk ibu bapa di kampung.

Baru-baru ini, tular akan satu video pelakon veteran terkenal Fauziah Nawi yang meluahkan perasaan sebagai seorang ibu menanti kepulangan anak mereka di kampung halaman.

“Assalamualaikum anak mak. Memang tak boleh balik lagi kan. Nak buat macam mana, keadaan. Kita kena kuatkan hati. Kita jangan lawan, tak guna. Berdoa supaya umur kita panjang dapat kita jumpa lagi nak ya.

“Tak, bohong kalau mak tak sedih, sedih tapi keadaan dah macam ni nak buat macam mana. Anak mak kena kuat untuk mak ya, dan mak akan kuat untuk anak mak.

“Mak sayang anak mak. Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir & batin. Moga kita jumpa lagi ya nak ya,” ujarnya.

Berderai air mata, sebaknya

Walaupun tahu video tersebut sekadar lakonan, namun ramai penonton mengakui menangis melihat penyampaian penuh emosi dari pelakon berpengalaman itu.

Malah, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak, serta rindu mengenangkan ibu bapa mereka yang sudah berbulan tidak berjumpa di kampung.

Untuk makluman, kerajaan tidak membenarkan aktiviti merentas negeri di seluruh negara bermula beberapa bulan lalu bagi mengawal penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan setiap hari.

Selain turut mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen