Pernah diiktiraf negara terbaik kawal pandemik, situasi Malaysia kini jadi iktibar di Indonesia

Saban hari, Malaysia terus mencatatkan jumlah kes harian yang membimbangkan sehingga menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di kebanyakan negeri yang berisiko sebagai usaha mengekang penularan wabak tersebut.

Susulan lonjakan kes harian tersebut, kini Malaysia antara negara yang dijadikan pengajaran serta iktibar terhadap negara jiran iaitu Indonesia agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dilakukan oleh negara kita walhal sebelum ini Malaysia pernah diiktiraf antara lima negara terbaik mengawal pandemik Covid-19.

Indonesia ambil iktibar dari kes Malaysia dan India

Menerusi perkongsian di laman Twitter oleh Menterian Kesihatan Indonesia iaitu Dr Siti Nadi Tarmizi mengingatkan agar rakyat negara republik tersebut sentiasa berwaspada dan sentiada menerapkan protokol kesihatan 3M lebih-lebih lagi apabila menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

"Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama."

"Masyarakat diingatkan untuk semakin ketat menerapkan protokal kesihatan 3M dan mengurangi mobilitas (pergerakan) ke luar rumah apabila tidak mendesak."

-Menteri Kesihatan Indonesia-

Malaysia belum gagal tangani Covid-19

Terdahulu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menegaskan bahawa Malaysia belum gagal dalam menangani jangkitan Covid-19, namun masih juga belum menang melawan pandemik itu.

Bagaimanapun, menurut beliau masih belum terlambat untuk negara mengurangi jangkitan kes, asalkan mendapat kerjasama semua rakyat Malaysia.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen