"Saya akur dengan suratan..." -Fiza Halim dedah bercerai kali ketiga

Merungkai persoalan yang selama ini menjadi bualan, akhirnya bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza Halim mengaku sudah berpisah dengan suami sejak Julai tahun lalu.

Fiza berkahwin dengan suaminya iaitu Aizat Al Jefri pada Disember 2016 yang mana pada ketika itu statusnya adalah duda memiliki dua orang anak dan hasil perkahwinan dengan Fiza pula mereka dikurnikana seorang cahaya mata, Baby Aleen yang kini berusia hampir tiga tahun.

Akur dengan suratan 

Bercakap tentang reda, Fiza akui dia reda dengan ketentuan takdir bilamana jodohnya tidak berpanjangan dan ini merupakan kali ketiga dia bercerai selepas tiga kali berkahwin.

"Saya ambil masa untuk merungkai perkara sebenar...Ia bukan mudah, baru sekarang saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri."

"Kami bercerai talak satu, saya diceraikan melalui aplikasi WhatsApp."

"Punca atau sebab kenapa kami berpisah, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tidak mahu membuka aib sesiapa."

-Fiza Halim-

Pemilik nama Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau mesra disapa Fiza akur dengan suratan hidupnya namun tidak menafikan dakwaan tanggapan masyarakat yang mungkin akan memandang serong kepadanya selepas tiga kali bercerai.

"Pasti akan ada yang memandang serong. Namun saya hanya manusia biasa yang tidak lepas diuji.

"Saya tak hidup dek pujian, tak mati dek keji."

-Fiza Halim-

Ligat fikir nasib sendiri

Selain itu, dia berkesempatan berkongsi tentang keadaan dirinya apabila dia mengalami masalah sukar untuk tidur sejak tiga minggu lalu kerana terlalu memikirkan tentang pengakhiran hidupnya selepas ini.

"Mata mengantuk, tetapi tidak boleh boleh tidur. Otak seolah-olah berjalan memikirkan pelbagai perkara termasuk nasib diri."

"Saya hilang arah dan terkapai-kapai memikirkan pengakhiran hidup. Namun saya bersyukur ada yang datang membuka jalan mencuba kerja baharu."

-Fiza Halim

Jawab dakwaan hubungan dengan Saiful Apek

Sehubungan dengan itu, Fiza turut menjawab dakwaan orang ramai sebelum ini yang kononnya dia berkahwin dengan pelawak Saiful Apek selepas tersebar foto mesra mereka yang dikongsi di Instagram.

"Tidak ada istilah saya menjadi isteri keduanya. Kami hanya bertemu di sebuah program 'game show'. Foto yang tular itu dirakamkan isterinya sendiri."

"Kami sama-sama ketawa apabila mendapat tahu gosip bertebaran."

-Fiza Halim-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen