Salute, instafamous hadiahkan satu lori pokok siap deko halaman rumah sempena Hari Ibu

Oleh: Zuzu Yasmine

Sempena Hari Ibu pada 9 Mei lalu, ramai anak-anak yang mengambil kesempatan memberikan hadiah serta kata-kata terima kasih sebagai tanda pengorbanan ibu mereka.

Tidak ketinggalan, personaliti media sosial Azfar Heri turut membuat satu kejutan buat ibunya pada hari tersebut sebagai tanda menghargai ibunya.

Kejutan Hari Ibu

Menerusi Instagram Azfar Heri, dia telah menghadiahkan tanaman pokok dan rumput karpet buat ibunya disebabkan wanita berkenaan suka akan kehijuan.

Tidak itu sahaja, Instafamous berusia 23 tahun itu juga turut memaklumkan halaman kediaman rumahnya itu dihias khas buat ibunya.

“Happy Mother’s Day to my beautiful Mama. Mama suka pokok pokok dan kehijauan kehijauan (biasa la faktor umur kan) so kita hadiahkan satu lori pokok siap decoration landscape special untuk mama. Thank you @thehutans for make it happen and your awesome service! Love you mama, you’re amazing,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Berdasarkan foto dimuat naik oleh Instafamous tersebut dapat dilihat halaman rumahnya kini terlihat cukup berseri dengan hiasan pokok di dalam pasu, rumput karpet serta cat biru yang serba baru.

Lawanya rumah...

Perkara tersebut telah menarik perhatian pengikitnya yang rata-rata memuji serta teruja akan tindakan Azfar dalam usaha menggembirakan ibunya, selain turut memuji perubahan rumahnya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen