Bengang lokasi terima vaksin bertukar, Adi Putra maki KKM?

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika ini masing-masing tentunya sedang menunggu giliran untuk temujanji menerima vaksin yang membantu mengawal penularan wabak Covid-19.

Terbaru, pelakon terkenal Datuk Adi Putra meluahkan rasa bengang apabila tarikh dan lokasi bagi temujanji menerima vaksin tiba-tiba berubah selepas mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Menerusi Instagram milik pelakon berusia 40 tahun itu, dia berkongsi posting tangkapan skrin aplikasi itu yang memaparkan maklumat mengenai temujanji vaksin berkenaan.

Duduk KL bukan Kelantan

Menurut pemilik nama Mohamed Hadi Putera Halim, dia telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin di Kuala Lumpur pada 16 Mei ini, namun dalam sistem aplikasi berkenaan menunjukkan loaksinya di Pengkalan Kubor bertarikh pada 25 Mei nanti.

"Saya buat temujanji vaksin di MySejahtera pada 16 Mei di PWTC jam 1130am. Hari ini saya buka MySejahtera tiba-tiba tarikh dan lokasi bertukar. Saya duduk KL bukan Kelantan b*d*h,” tulisnya.

Kesian KKM, tarik balik makian

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati akan bahasa yang digunakan pelakon tersebut kerana dianggap kasar, lebih terkilan lagi apabila ditujukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen