Elak rakyat keliru, MKN seragamkan SOP PKP

Oleh: Zuzu Yasmine

Terbaru, Mesyuarat teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah menyeragamkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara.

Menerusi laporan Kosmo Online, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penyeragaman SOP itu dilakukan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat ekoran wujudnya pelbagai bentuk PKP seperti PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan.

“Sekarang ini kita buat keputusan hanya satu standard SOP untuk seluruh negara yang melibatkan seluruh kementerian,” katanya.

Katanya, antara perkara diseragamkan termasuklah SOP mengenai aktiviti-aktiviti yang dibenarkan di kawasan PKP, kebenaran beroperasi dan pergerakan bagi perkhidmatan awam dan swasta serta protokol kesihatan umum.

Malah, senarai lengkap SOP berkaitan kementerian-kementerian dan maklumat lanjut mengenainya akan dikeluarkan di laman web masing-masing manakala SOP umum boleh dilihat di laman web MKN.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen