Tel Aviv bagaikan 'neraka', tentera Hamas berjaya bedil bandar Israel

Beberapa hari kebelakangan ini, kita telah menyaksikan keganasan terburuk di Jerusalem sejak tahun 2017. Ia berlaku setelah meningkatnya kemarahan rakyat Palestin terhadap ancaman pengusiran keluarga dari rumah mereka di Jerusalem Timur yang diduduki oleh peneroka Yahudi. Ketegangan telah dipicu oleh pertengkaran antara penunjuk perasaan dan polis selama sebulan di wilayah kota yang kebanyakannya berbangsa Arab.

130 peluru berpandu dilepaskan

Semalam, Hamas telah melancarkan roket di Tel Aviv dan kawasan sekitarnya sebagai tindak balas kepada sasaran menara kediaman musuh yang mana dapat kita saksikan video yang dikongsi di laman Twitter yang menunjukkan roket menembusi langit seawal jam 3 pagi.

Di samping itu, sebanyak 130 peluru berpandu telah dilepaskan sehingga menyebabkan banyak tempat musnah dan terbakar sekaligus telah mengorbankan nyawa penduduk Israel dan turut tak terkecuali yang mengalami kecederaan kesan daripada kejadian tersebut.

Diminta henti serang balas

Memetik laporan BBC World bagi mengulas lanjut kejadian tersebut, komuniti antarabangsa meminta kedua-dua pihak berhenti namun Menteri Pertahanan Israel iaitu Benny Gantz membalasnya dengan mengatakan bahawa serangan Isreal itu hanyalah permulaan dan mereka akan terus menyerang lebih-lebih lagi selepas melihat banyak kota mereka musnah selepas dibedil oleh tentera Hamas berikutan pelepasan peluru berpandu tersebut.

"Kami akan kembalikan kedamaian dan ketenangan, untuk jangka masa yang panjang."

-Benny Gantz-

Bagaimanapun, pemimpin Hamas iaitu Ismail Haniyeh pula mengatakan bahawa kumpulan mereka bersedia jika Israel memilih untuk meneruskan dan jika ingin berhenti maka mereka juga sedia untuk berhenti.

"Jika Israel ingin meneruskan, kami sedia dan jika ingin berhenti juga kami dah sedia."

-Ismail Haniyeh-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen