Israel isytihar darurat selepas dibedil tentera Hamas

Pada hari selasa (semalam), seluruh dunia telah menyaksikan serangan balas yang dibuat oleh tentera Hamas berikutan keganasan yang telah dilakukan oleh tentera zionis Israel pada 27 Ramadan lalu apabila mereka berusaha untuk merebut masjid Al-Aqsa serta mengusir penduduk Palestin daripada kediaman mereka.

Dalam kejadian itu, sebanyak 130 peluru berpandu telah dilepaskan oleh tentera Hamas di Tel Aviv yang merupakan antara bandar Israel sekaligus memusnahkan bandar-bandar sekitarnya.

Israel isytihar darurat

Terbaharu, memetik laporan Harian Metro, Perdana Menteri Israel iaitu Benjamin Netanyahu mengisytiharkan darurat di tengah bandar Lod pada Rabu (hari ini) selepas polis mendakwa penduduk berketurunan Arab melakukan rusuhan besar-besaran.

Bagaimanapun, pengisytiharan darurat itu juga diumumkan selepas rakyat Arab-Israel terbunuh pada malam sewaktu tentera Hamas menyerang balas tindakan mereka.

Banyak tempat musnah

Selain itu, polis tempatan mengesahkan bahawa bandar yang memiliki 77,000 penduduk termasuk 47,000 rakyat Israel dan 23,000 rakyat berketurunan Arab-Israel itu menjadi lokasi rusuhan pada Isnin.

Bagaimanapun, keadaan masih dapat dikawal ketika ketegangan meletus di Baitulmaqdis Timur, Tebing Barat dan bandar diduduki rakyat Arab-Israel pada malam Selasa.

"Rusuhan besar-besaran dicetuskan beberapa penduduk Arab."

"Banyak kerosakan harta benda dan kenderaan terbakar."

-Media-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen