Mak ayah PJJ, Masya dapat kebenaran rentas negeri sambut beraya di Utara

Oleh: Zuzu Yasmine

Tahun ini, Hari Raya disambut serba sederhana memandangkan anak perantauan tidak dapat pulang ke kampung halaman susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang semua rakyat merentas negeri atau daerah.

Baru-baru ini, tular seorang penyanyi Masya Masyitah yang dipercayai dapat meraikan Syawal dengan berkumpul bersama keluarganya di Kulim Kedah.

Bagaimanapun, perkara tersebut mendapat kencaman orang ramai yang merasakan tindakan tersebut seolah-olah tidak adil.

Tiada istilah orang kayangan

Terbaru, penyanyi terkenal dengan lagu Hapus itu menjelaskan dia mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk pulang ke kampung halamannya menggunakan alasan ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh.

Katanya, selepas mendapat perlepasan rentas negeri yang dimohon ibunya secara tidak langsung dia juga berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya di Kulim selepas mereka terpisah dengan bapa serta adik beradik berikutan tidak boleh merentas negeri pada sambutan raya tahun lalu.

"Tiada istilah orang kayangan atau mempunyai keistimewaan tertentu sehingga saya dan ibu dapat pulang menyambut hari raya tahun ini. Sudah lebih setahun kami tidak berjumpa ayah dan adik-beradik lain.

"Ketika pergi ke balai polis untuk mendapat surat perlepasan kami dilayan sama rata dan perlu beratur panjang. Ketika tiba giliran, mak memberikan segala dokumen untuk membolehkannya balik Kulim.

"Malah mak ada bertanya kepada pegawai polis terbabit sama ada saya boleh ikut balik sekali atau tidak dan jawapan yang diberikan adalah boleh. Malah ayah juga ada beritahu yang had satu kereta adalah tiga orang," katanya pada Harian Metro.

Mohon maaf

Dalam pada itu, pemilik nama Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff turut memohon maaf kepada warganet sekiranya perkongsian sebelum ini mengguris hari mereka selain terkilan apabula menerima kecaman teruk oleh netizen.

"Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terasa. Saya sedar kenyataan sebelum ini  yang mengatakan saya dan ibu dapat balik kampung telah mengguris hati rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang berjumpa ahli keluarga.

"Saya akui menerima kecaman yang teruk di media sosial sehingga mak saya terpalit sekali. Sampaikan ada yang mengatakan mak saya tergamak tinggalkan ayah di kampung demi nak ikut anak kejar glamor.


"Saya ingin jelaskan mak memang tak izinkan saya berada di Kuala Lumpur seorang diri. Kami memang tak pernah berpisah sampaikan ayah sendiri beri izin untuk mak jaga saya di Kuala Lumpur," ujarnya.

Terdahulu, Masya serta ibunya dikatakan berpeluang  menyambut Aidilfitri bersama bapa, abang dan adiknya apabila diberi pelepasan selama empat hari pulang ke kampung halaman sejak 10 Mei lalu.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen