Facebook rakyat Malaysia di Gaza disekat, Nadir Al-Nuri kembali dengan akaun baru

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika ini, rakyat Malaysia sedang memberi tumpuan kepada isu yang menimpa saudara Muslim di Gaza selepas mereka diserang oleh tentera Zionis Israel sejak 27 Ramadan lalu.

Bahkan isu berkaitan kekejaman tentera Zionis Israel juga dikatakan disekat oleh beberapa media sosial malah ada juga yang hilang dengan sendirinya.

Malah, akaun Facebook milik seorang rakyat Malaysia tunggal di Semenanjung Gaza iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman juga telah disekat sejak semalam.

Untuk makluman, Nadir kerap berkongsi makluman perkembangan terkini berhubung keadaan semasa di Palestin di beberapa platforam media sosial.

Menurut Muhammad Nadir, akaun Facebook miliknya itu disekat selepas membuat psoting berkenaan seorang kanak-kanak Gaza yang lari mengejar jenazah ayahnya.

"Kejadian ini adalah pertama kali, tindakan pertama adalah komen disekat.

"Kini saya sedang membangunkan kumpulan di aplikasi Telegram dan Instagram," katanya.

Tidak berputus asa berkongsi akan kekejaman yang berlaku di Gaza, pemuda berkenaan turut membuat satu akaun Facebook baru dengan menggunakan nama yang sama iaitu Nadir Al-Nuri.

"Saya tidak akan putus asa dan akan sentiasa membuat akaun baru jika masih lagi disekat," ujarnya.

Muhammad Nadir juga adalah Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia satu-satunya rakyat Malaysia yang berada di Semenanjung Gaza.

Buat mereka yang ingin mengetahui perkembangan lanjut mengenai keadaan semasa di Palestin boleh mengikuti Telegram miliknya (klik di sini).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen