Kasih bertaut kembali, Da'i Farhan & bekas isteri Fatin rujuk pada Syawal pertama

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai masih ingat akan isu aura ke-19 yang heboh menjadi perbualan hangat netizen di antara Da’i Farhan serta kedua-dua bekas isterinya, Fatin dan Erin.

Terbaru, timbul pula akan kisah dimana pendakwah bebas itu dikatakan telah rujuk kembali dengan bekas isteri pertamanya iaitu Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 1 Syawal lalu.

Menerusi laporan mStar online, Fatin telah memuat naik foto persandingannya dengan doa agar rumah tangga yang dibina kali kedua itu terpelihara hingga ke akhir hayat.

"Saling bermaafan memberi ketenangan Itulah akhlak Rasulullah. Hati yang memaafkan adalah hati yang bersangka baik dengan apa yang berlaku.

"Semoga apa yang berlaku sudah tertulis, tiada kebaikan untuk memendam rasa.

"Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori lalu. Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat," ujarnya.

Sehubungan itu, Fatin turut meluahkan rasa syukur apabila kedua anaknya dapat merayakan hari lebaran bersama bapa kandung mereka setelah setahun terpisah.

“Tahun ini merasalah beraya di sini. Alhamdullilah syukur tahun ini Allah beri rezeki lain menyatukan hati dan keluarga kami. Walaupun PKP dapat juga anak-anak merasa hari raya bersama-sama sebagai keluarga besar,” kongsinya.

Perkara yang sama turut dikongsikan oleh pendakwah bebas Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad dengan memuat naik gambar sambutan raya di IG Strory miliknya, semalam.

Dalam gambar yang dikongsikan itu dapat dilihat bahawa dia duduk ‘bersanding’ di pelamin bersama isteri dan kedua anak mereka.

Diharapkan perkahwinan kali kedua pasangan ini berkekalan hingga ke syurga dan tahniah buat mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen