Kereta hilang kawalan, pelajar IPTS maut rempuh lori

Bulan Syawal yang diraikan dengan keseronokan bertukar tragedi apabila seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) maut selepas kenderaan mewah yang dipandunya dipercayai hilang kawalan hingga melanggar lori muatan ayam di KM179 Lebuhraya Utara-Selatan pada Sabtu.

Kereta hilang kawalan

Memetik laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira jam 4.05 petang, mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Aiman Mazman berusia 26 tahun yang juga memandu kereta berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian iaitu Superitendan Mazuki Mat, seorang lelaki berusia 23 tahun yang merupakan penumpang hadapan kenderaan terbabit turut mengalami kecderaan parah di kepala.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati kedua-dua mereka dalam perjalanan dari Sungai Petani menuju ke Kuala Lumpur.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya di sebelah kanan sebelum berpusing."

"Keadaan itu menyebabkan kereta berkenaan terbabas ke lorong kiri dan melanggar bahagian belakang lori yang dipandu lelaki berusia 55 tahun."

-Pihak Polis-

Alami kecederaan parah di kepala

Mengulas lanjut kejadian tersebut, Mazuki menjelaskan bahawa impak daripada kemalangan itu menyebabkan bumung kereta terbabit tercabut dengan kesan remuk pada keseluruhan bahagian.

"Kedua-dua mangsa yang terselamar dihantar ke Hospital Parit Buntar bagi mendapatkan rawatan lanjut."

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik hospital yang sama untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,"

-Pihak Polis-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen