Al-Qassam abadikan nama mangsa terkorban pada peluru berpandu demi Palestin

 

Hari demi hari rakyat Palestin terus ditindas oleh tangan-tangan manusia kejam iaitu tentera Israel sehinggakan kehidupan mereka berubah sekelip mata.

Meskipun pertempuran itu sudah sekian lama berlaku, namun kali ini lebih luar biasa apabila seluruh dunia turut tak terkecuali menyokong penuh rakyat Palestin membalas tindakan kejam rejim Zionis dengan menyebarkan kesedaran kekejaman mereka di media sosial. 

Bagaimanapun, kita juga perlu tahu bahawa palestin mempunyai tentera penggempurnya yang berani mati iaitu Briged Ezzedeen Al -Qassam, atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Kekuatan tentera mereka yang tak dapat disangkal itu masih terus teguh berada di barisan hadapan melindungi tanah air mereka daripada terus diceroboh oleh pihak musuh sehingga hari ini.

Seorang pengguna Twitter ada berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan peluru berpandu milik tentera Al-Qassam yang mana pada peluru itu terdapat potongan kata-kata semangat dan juga ayat Al-Quran.

Perkongsian itu mengundang sebak orang ramai mengenangkan semangat juang mereka yang tak berpenghujung itu.

Doa sentiasa mengiringi

Walaupun jarak memisahkan antara negara, namun doa umat Islam dari seluruh dunia terus mengiringi perjuangan mereka kerana percaya kemenangan pasti akan berpihak pada yang benar.

 

Anda masih keseorangan?

936,386 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen