Pertahan hak rakyat Palestin, pemimpin Hamas zahir penghargaan kepada Malaysia

Kekejaman yang ditunjukkan oleh tentera Israel dan pemerintahnya jelas sekali menimbulkan amarah seluruh dunia sehinggakan jika kita dapat lihat ramai yang menunjukkan bukti sokongan penuh terhadap Palestin meskipun hanya bersuara melalui media sosial bagi menyebarkan kesedaran terhadap tindakan tak berperikemanusiaan mereka sejak sekian lama.

Hamas zahir penghargaan kepada Malaysia

Memetik laporan Bernama, Pemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) iaitu Ismail Haniyeh menzahirkan penghargaan kepada pemimpin dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan berdiri teguh mempertahankan hak rakyat Palestin sejak sekian lama.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ismail Haniyeh melalui panggilan telefon kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan perkembangan terkini pencerobohan tentera rejim Israel terhadap bumi Palestin di kawasan Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis Timur.

Jadikan Palestin negara merdeka

Selain itu, dalam satu kenyataan akhbar berbahasa Arab, Ketua Setiausaha Akhbar Hamas Taher Nunu berkata Ismail turut memuji peranan dimainkan Malaysia dalam isu Palestin dan hubungan bersejarah di antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, dalam perbualan itu Taher berkata Muhyiddin turut menekankan hak rakyat Palestin untuk mendirikan negara merdeka dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Palestin serta mengakhiri penjajahan dan mendapatkan kebebasan.

Malaysia akan terus beri kerjasama

Tambah beliau lagi, Malaysia menyokong hak-hak itu dan pada masa sama akan bekerjasama dengan beberapa negara Islam untuk bergerak terus demi rakyat Palestin dan memberikan sokongan kemanusiaan segera kepada mereka melalui institusi berkaitan.

Di samping itu, menurut Muhyiddin dalam perbualan tersebut memaklumkan bahawa Malaysia akan bergerak di setiap peringkat termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Majlis Keselamatan PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam usaha menghentikan serangan dan pencerobohan tersebut.

 

Anda masih keseorangan?

918,234 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen