Stadium Malawati dibanjiri individu jalani saringan, jadi punca peningkatan kes harian di Shah Alam?

Suasana sekitar Stadium Malawati, Shah Alam yang menjadi Pusat Penilaian Covid-19 menjadi bulan hangat orang ramai setelah tular video yang menyaksikan terdapat ramai individu berada di situ dan dalam masa yang sama bimbang sekiranya wujud kluster baru atau peningkatan kes kesan daripada kehadiran orang ramai ke lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, baru-baru ini kes harian di Shah Alam menunjukkan peningkatan jumlah yang mendadak iaitu melebihi 500 orang menyebabkan orang ramai mulai bimbang sekiranya ia terus berlaku namun sehingga kini puncanya belum diketahui.

Mengulas lebih lanjut berkenaan keadaan Stadium Malawati, memetik laporan Harian Metro, lokasi terbabit hanyalah pusat penilaian bagi pesakit Covid-19 sebelum dihantar ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

'Hanya pusat penilaian'

Menurut Pengurus Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) yang juga koordinator bagi kemudahan fasiliti diperlukan oleh CAC, Ahmad Sayuti Bashiron mengakui video terbabit adalah situasi di CAC, namun jelasnya itu hanyalah tempat penilaian Covid-19.

"Ya, betul. Video itu suasana semasa di tempat ini sejak pertengahan April lalu, jumlah yang datang meningkat berbanding sebelumnya."

"Sebenarnya ia adalah proses biasa yang dilaukan oleh CAC Malawati sebagai pusat saringan Covid-19 paling besar di Malaysia, namun tiada pesakit ditempatkan di sini."

"Semua pesakit yang positif Covid-19 yang hadir akan terus dihantar ke hospital atau MAEPS dan juga sebahagian sibenarkan melakukan kuarantin di rumah dengan kawalan PKD."

-Sayuti Bashiron-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen