Dapat hasil untung berniaga, Bellaz derma RM20,000 kepada tabung Palestin

Sebut sahaja nama MUA Bellaz pasti tahu dia merupakan antara usahawan kosmetik yang paling diminati oleh ramai orang. Bukan sahaja seorang yang merendah diri bahkan amat dekat dengan peminat-peminat lama atau baru yang sering mengikuti perkembangan semasanya.

Untung berniaga dapat disumbangkan kepada Palestin

Terbaharu, anak kelahiran Kedah ini telah memuat naik tangkapan skrin yang memaparkan transaksi sumbangannya kepada Persatuan Cinta Gaza tanda sokongan beliau terhadap negara umat Islam di sana yang sedia maklum kini sedang menghadapi saat-saat genting berdepan dengan tentera Zionis.

Di kesempatan itu, Bellaz mengambil peluang tersebut untuk menyumbangkan hasil keuntungan perniagaan kosmetiknya selama ini kepada penduduk di Palestin yang memerlukan.

"Tanpa ada tak mungkin Bellaz dapat sumbangkan buat saudara kita di Palestin...Hampa banyak support Bellaz."

"Semoga ada pahala sumbangan buat kita semua."

Usaha beliau menjadi tauladan dan inspirasi buat yang lain di luar sana dan melihat niat murninya itu membuatkan orang ramai yang mendoakan agar Bellaz sekeluarga dimurahkan rezeki atas tindakan yang dilakukan.

'Moga dimurahkan rezeki'

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen