Elak akaun disekat, Heliza Helmi guna bahasa F kongsi isu Palestin di media sosial

Kekejaman dan penindasan yang berlaku di Palestin terus menjadi perhatian seluruh dunia apabila ia bukan sahaja kerana agama bahkan kini sudah menjadi isu kemanusiaan.

Meskipun tanpa perlu bertempur, nyata dengan kuasa media sosial mampu melemahkan mentaliti mereka seperti yang berlaku sekarang sehinggakan ada pihak yang mendakwa bahawa akaun media sosial mereka disekat susulan tindakan mereka yang berkongsi isu-isu dan perkembangan semasa berkenaan Palestin.

Perkongsian isu Palestin ancam golongan Israel

Selain itu, Heliza Helmi yang merupakan antara selebriti yang paling aktif berkongsikan isu-isu Palestin nyata turut terkena tempiasnya apabila dia memaklumkan bahawa akaun Instagram dan Tiktok miliknya juga disekat.

 

Elak akaun disekat lagi

Menurut Heliza, dia amat mengagumi semangat juang yang ada pada rakyat Palestin yang tidak mudah mengalah untuk terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir dan begitulah juga yang akan dilakukan olehnya.

Justeru itu, dia mengambil inisiatif lain supaya dapat terus berkongsi isu semasa berkenaan dengan Palestin iaitu dengan menggunakan bahasa F dan bahasa singkatan untuk mengelak daripada perkongsiannya disekat lagi.

'Buat akaun backup terus'

'Kuatkan semangat'

'Teruskan berjuang'

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen