"Syukur dia masih hidup..." - Dr Sheikh Muszaphar kongsi foto kanak-kanak Palestin yang kini remaja

Oleh: Zuzu Yasmine

Isu yang berlaku di bumi Palestin sememangnya menyentuh hati ramai, bukan sahaja kagum dengan keberanian mereka mempertaruhkan nyawa namun juga tidak menyangka tentera Israel begitu tidak berperikemanusiaan sekali.

Umum tahu bahawa negera kita Malaysia, merupakan salah satu negara yang mengecam tindakan kejam Israel terhadap rakyat Palestin ketika ini.

Dalam pada itu, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi rasa syukur apabila mengetahui seorang kanak-kanak Palestin yang pernah dikenalinya sebagai Ashaq pada 2014 masih lagi terselamat dari ancaman selain turut dilindungi Allah SWT.

Menerusi posting di Instagram miliknya, doktor bedah ortopedik itu berkongsi foto Ashaq sewaktu masih kanak-kanak dan terkini di hadapan Masjid Al-Aqsa.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, Ashaq kini sudah meningkat remaja serta menjadi seorang pemuda yang terus mempertahankan Baitulmaqdis selain memperjuangkan tanah air mereka daripada kerakusan rejim Zionis.

“Syukur dia masih hidup. Nama anak muda ini adalah Ashaq. Bertemu dengannya ketika dia masih kecil. Alhamdulillah – Dia masih hidup.

“MasyaAllah Semoga Allah melindungi semua rakyat Palestin dalam masa-masa yang sukar ini. Amiinn Ya Rabb,” kongsinya di laman Instagram.

Sehubungan itu, warganet membanjiri ruangan komen angkasawan negera dengan turut meluahkan rasa syukur apabila menerima khabar tersebut selain mendoakan agar seluruh rakyat Palestin sentiasa dibawah lindungan Yang Maha Esa serta bebas dari kekejaman.

Ketika ini, bumi Palestin terus bergolak dan dihujani peluru serta bom sehingga mengorbankan hampir 200 rakyat Palestin. Selain, lebih 1,000 orang cedera dalam serangan udara Israel yang dilancarkan sejak minggu lalu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen