Ada waktu susah dan senang, isteri hulur duit raya untuk suami tanda balas jasa

Orang selalu pesan, kebahagian rumah tangga tak perlu ditunjuk-tunjuk bagi mengelakkan sebarang perkara tak diingini berlaku, namun jika ia lebih mendorong ke arah kebaikan tak salah sekiranya berkongsi kerana dalam masa yang sama ia mungkin akan memberi tauladan buat pasangan suami isteri di luar sana.

Namun, lain orang lain pandangannya, itu tergantung kepada pasangan masing-masing.

Kongsi rezeki dengan suami di pagi raya

Bagaimanapun, seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Myra ada berkongsi video yang menyaksikan gelagat suaminya ketika menerima duit raya dari isteri.

Nampak sedikit janggal kerana kebiasaannya suami yang beri duit raya namun sebaliknya pula yang terjadi kepada Myra dan suami dan video tersebut pastinya akan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai kerana dianggap menunjuk.

Selalu ada waktu susah dan senang

Justeru itu, Myra ada memuat naik satu lagi video yang menjelaskan tujuan video itu dibuat olehnya. Menurut Myra, suaminya selalu membantu uruskan bisnesnya selain membantu menguruskan hal berkaitan rumah dan anak-anak dari bisnesnya hendak mula berkembang sehinggalah dia berjaya.

Myra meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana memiliki suami yang setia dan bertanggungjawab seperti suaminya.

'Bagus tak lupa diri'

'Isteri yang baik'

'Moga murah rezeki'

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen