Jovian Mandagie tak ambil untung, hasil jualan 'Jovian Mask For Palestine' akan diderma ke bumi Palestin

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih belum menemui jalan penyelesian konflik antara Palestin dan juga Israel walaupun hampir seluruh dunia mengecam tindakan kejam rejim Zionis itu.

Sebagai rakyat Malaysia yang menyokong penuh bumi Palestin, pelbagai cara mereka menunjukkan solidariti terhadap tanah suci tersebut tertutama dalam menghulurkan bantuan dari segi kewangan.

4 reka bentuk 'mask' 

Perkara yang sama dilakukan oleh usahawan dan pereka fesyen ternama, Datuk Jovian Mandagie apabila memaklumkan penjualan pelitup muka eksklusif dengan reka bentuk bendera Palestin.

“Topeng untuk solidariti, topeng untuk hak asasi manusia, topeng yang berteriak #FREEPALESTINE! Hasil jualan 100% akan terus membantu saudara-saudari kita di Palestin,” kongsinya di laman Instagram.

Bukan itu sahaja, menantu kepada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu juga mengatakan bahawa keuntungan jualan pelitup muka tersebut akan disumbangkan kepada rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel.

Kumpul RM213,005.00 dalam 12 jam

Jovian berkata bahawa dia berhasrat ingin membuka tempahan selama sebulan untuk habiskan stock namun terkejut apabila kesemuanya berjaya habis dalam masa 12 jam sahaja.

Dengan sokongan dan keprihatinan orang ramai, koleksi Jovian Mask For Palestine telah berjaya meraih sebanyak RM213,005.00 dalam masa kurang dari 12 jam.

Slot tempahan akan diberitahu kelak

Malah, Jovian turut mengatakan bahawa dia tidak akan membuka slot tempahan lagi sehingga diberitahu kelak.

Derma melalui saluran yang betul

Sehubungan itu, ruangan komen pereka fesyen itu dihujani dengan kata-kata syukur selain ada yang meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat membuat tempahan pelitup muka tersebut.  

     

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen