Ibu Tasha Manshahar positif Covid-19, terpaksa dikomakan akibat masalah pernafasan

Sambutan Aidilfitri yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan bersama ahli keluarga bertukar duka apabila ibunda serta ayahnda tercinta  kepada penyanyi Tasha Manshahar disahkan positif Covid-19.

Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar atau mesra disapa Tasha Manshahar telah berkongsi khabar duka itu di IG Strory miliknya sekaligus berkongsi keadaan semasa ibu serta ayahnya.

Menurut Tasha, ibunya kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang kerana mengalami masalah paru-paru dan kini ibunya terpaksa ditidurkan kerana pihak hospital ingin memasukkan tiub untuk bantuan pernafasan sehingga keadaan kembali stabil.

Sementara bapanya pula berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Mohon doa orang ramai

Sehubungan itu, Tasha turut memohon doa orang ramai agar ibunya kembali stabil, dia tidak menyangka perkara itu akan terjadi kerana sebelum ini ibunya kelihatan elok sahaja.

"Sebenarnya saya tak sangka langsung akan sampai jadi tahap macam ni."

"Dia nampak baik je masa mula-mula kena tahan."

"Apapun kami sekeluarga yakin yang menyembuhkan itu Allah, sebab tu saya minta doa semua. Mummy pun kuat semangat."

-Tasha Manshahar-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen