Tertimbus 14 jam di bawah runtuhan selepas rumah dibom, pemuda temui mayat tunang tersenyum

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih lagi berlarutan serangan rejim Zionis terhadap Semenanjung Gaza sehingga ke detik ini. Malah sehingga ini, konflik antara Palestin dan Israel belum ada kata putusnya selain peperangan masih lagi berlaku.

Saban hari, ada sahaja rakyat Palestin yang menjadi mangsa serangan kejam rejim Zionis hingga ada yang terbunuh akan tindakan tidak berperikemanusiaan itu.

Bukan sahaja dilemparkan bom dari darat dan udara malah ada juga secara rambang melepaskan tembakan hingga mengakibatkan kehilangan nyawa rakyat Palestin.

Kisah Al-Syahidah Syaima' Abu Al-Auf

Terbaru, seorang pelajar tahun 3 pergigian telah menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis selepas rumahnya dibom dan mengorbankan dia, ibunya serta dua orang adik lelakinya.

Wanita berusia 21 tahun itu dikenali sebagai Syaima’ Abu Al- Auf dan telah tertimbus di bawah runtuhan selama 14 jam sebelum ditemui meninggal dunia oleh penyelamat.

Bakal berkahwin ketika Syawal

Lebih sedih lagi apabila wanita berkenaan bakal berkahwin dengan pasangan pilihannya dalam bulan Syawal ini namun hari ini tunangnya hanya mampu berdoa di kuburnya.

Bagaimanapun, tunang kepada wanita berkenaan begitu tenang berdepan saat sedih itu malah masih mampu tersenyum ketika berkongsi detik akhir bersama tunangnya.

Tunang jumpa mayat sedang tersenyum

Menurut lelaki berkenaan, malam sebelum kejadian dia ada bertanya akan keadaan wanita berkenaan selain sempat berpesan agar menyorok ketika kawasan rumah tunangnya dibom.

Namun, saat dia ingin mencari dan mengucapkan selamat tinggi, dia hanya menemui mayat wanita berkenaan dalam keadaan tersenyum di bawah runtuhan bangunan.

“Sekarang dia berada di tempat lebih baik. Kita semua adalah milik Allah SWT dan kepada Dia lah kita kembali. Saya gembira dia mendapat syahid dan dia tersenyum,” katanya sambil tersenyum.

Seorang lemah lembut

Wanita hebat itu juga disifatkan sebagai seorang yang lemah lembut serta disayangi oleh orang sekelilingnya. Malah, beliau juga merupakan seorang penghafal Al-Quran.

Difahamkan, Syaima’ dan pemuda berkenaan telah mengikat tali pertunangan selama dua tahun setengah.

Rata-rata warganet kagum dan sebak melihat lelaki berkenaan yang tetap tersenyum walaupun tunangnya syahid selain meluahkan rasa gembira melebihi kesedihan namun, dalam hati tiada siapa yang tahu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen