Kes Covid makin bertambah, ATM 'bina' wad ICU di luar hospital

Berikutan peningkatan kes harian Covid-19, pelbagai tindakan yang telah diambil oleh kebanyakan hospital di setiap negeri bagi mengelakkan berlakunya kesesakan kawasan hospital dan sebagainya memandangkan umum sedia maklum bahawa kini Unit Rawatan Rapi (ICU) juga sudah tidak dapat menampung jumlah kemasukan pesakit.

Susulan perkara tersebut, banyak bahagian di dalam hospital telah dijadikan ICU bagi menempatkan pesakit positif Covid-19 yang kritikal seperti yang dilaporkan terjadi di Hospital Sungai Buloh.

Elak berlakunya kesesakan

Sehubungan itu, sumber yang dilaporkan oleh portal Komuniti Kepala Batas telah berkongsi beberapa keping gambar yang menyaksikan barisan anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut sumber, mereka sedang mendirikan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) secara 'ICU Medan' di luar kawasan Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang disebabkan berlakunya peingkatan kes Covid-19 di sana.

Moga semuanya dipermudahkan

Bagaimanapun, diharapkan agar semua rakyat Malaysia turut berganding bahu membantu frontliner mengekang penularan wabak ini lebih-lebih lagi apabila sejak kebelakangan ini Malaysia terus mencatat kes harian yang membimbangkan.

Semoga semua urusan frontliner dipermudahkan hendaknya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen