Tak pakai 'mask' semasa sidang media, polis siasat DS Tajuddin

Satu sidang media berhubung kes kemalangan tren telah berlangsung pada Selasa oleh Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Bagaimanapun, dalam sidang media tersebut beliau didapati telah melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu tidak memakai pelitup muka.

Semua terlibat akan dipanggil

Susulah perkara tersebut, Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abidin Abdullah memaklumkan bahawa siasatan ke atas Tajuddin sudah dimulakan pada hari yang sama.

"Siasatan dijalankan ke atas video yang tular di media sosial menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media selepas selesai meninjau lokasi insiden kemalangan membabitkan tren di Stesen LRT di Kuala Lumpur.

"Semua mereka yang terbabit dalam kes itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam tempoh terdekat."

-Zainal Abidin-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen