"Tak rasa lagi genggaman abang..." -Lelaki temui ajal ketika selamatkan adik

Satu kejadian lemas telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia yang melibatkan seorang lelaki berusia 21 tahun ketika mandi di Sungai Perak di Kampung Tebing Rebak, Hutan Melintang pada Rabu.

Dibawa arus lepas selamatkan adik

Dalam kejadian itu, mangsa yang bernama Muhammad Amirnur Hadi Ahmad Kamal dikatakan cuba untuk menyelamatkan adiknya, Ahmad Nur Syarwani yang berusia 15 tahun apabila melihat adiknya  semakin ke tengah sungai akibat arus deras dan tidak dapat mencapai tangga untuk berpaut ketika sedang mandi.

"Pada mulanya, abang sangka saya pura-pura lemas, namun melihatkan keadaan saya yang semakin jauh dihanyutkan arus, abang saya terjun cuba menyelamatkan saya. Dia pegang tangan saya dan menyelam untuk menolak saya ke atas, barulah saya dapat bernafas."

"Untuk membolehkan dia pula bernafas, abang menolak saya ke atas, kami bergilir-gilir bernafas. Ketika itu saya hanya fikirkan mengenai abang saya, dia dengan saya panggil."

"Lama-kelamaan saya sudah tidak rasa lagi genggaman tangan abang, dia tenggelam dihanyutkan arus."

-Adik-

Selain itu, Syarwani memberitahu bahawa abangnya tidak menunjukkan sebarang sikap pelik cuma semalam abangnya agak kurang bercakap.

Ahli keluarga mengesahkan penemuan mangsa

Bagaimanapun, operasi pencarian telahpun ditamatkan apabila mangsa telah ditemui maut dalam kejadian itu dan berita penemuan telah dikhabarkan oleh kakak mangsa di laman Twitter.

Di kesempatan itu, dia meluahkan rasa syukur di atas penemuan jenazah adiknya yang lemas dalam kejadian tersebut sekaligus memohon maaf kepada kenalan arwah dan meminta agar bertemu dengannya jika ada sebarang urusan arwah yang masih tertangguh sebelum arwah pergi.

Salam takziah buat keluarga mangsa, moga arwah ditempatkan bersama dengan yang  orang-orang beriman.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen